Felt Craft Tutorial :

Tutorial In Progress :

-

Complete Tutorial :



    Happy Crafting (^.^)v



25.11.11
Home » » Zikir Mencergaskan Otak

Zikir Mencergaskan Otak

0 comments
Salam,

Dah hari jumaat ye, cepatnya seminggu berlalu.'Time fly so fast'.

Baru2 ni saya ade terbaca satu article zikir mencergaskan otak . Suddenly, ia mengingatkan saya kepada seseorang yang saya hormati iaitu Ustazah yang mengajar pendidikan Islam (PI) ketika saya berada ditingkatan 4.Biaselah kan time PI semua mata dah 'melayu' dan ade sesetengah tu dah tertido.
Saya sememangnya salute lah pada beliau, eventho ramai student tertido dalam class beliau, beliau tetap cool dan memberi teguran secara berhemah.

Beliau berkata..kalau kita mengantuk, bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..sehingga kita dah tak rasa mengantok.

Kebetulan waktu tu, i tak tdo (walaupun memgantuk giler tapi terpaksa tahan jugak..huhu..biaselah kan budak asrama (Junior pulak tu) terpaksa bangun pagi around pukul 4.45 pagi - sebab tak nak bersesak ngan orang lain kat bilik air.). Alhamdulillah, saya cuba practikkan dan resultnya memang berkesan..Tak mengantuk dan mencergaskan fikiran. Kalau study or hafal something cepat je ingat. See antara hikmah berzikir yang kita tak tahu, atau buat buat tak tahu.


Jom kita selidik fakta ini dari sudut sains pulak,

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna. Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Rasulullah S.W.T yang bermaksud:
"Orang yang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering."

Credits : http://semanisinab.blogspot.com/2011/08/zikir-menajamkan-fikir.html


Betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan sebagai islam, dan agama islam adalah agama yang sempurna dan lengkap dari segala segi.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...